C: Bersyukur sangat ! Bersyukur kepada Allah SWT kerana aq dikurniakan rezeki yg sebegini..
D: sebegini?sebegini bagaimana kak?
C: Dikk,kalau nk disebut satu2 nikmat dari Allah mmg xkan pernah habis2 nya,,,krn Dia adalah segala2nya..Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
D: Isshh apa yg best sgt tu??knp adik xdpt 'happy' yg mcm akak dpt?
C: Waduh-waduh don't mention mcmtu ! Sebenarnya kita memilikinya,tapi mungkin kita xsedar bcoz it is too near with us..Yes,it's too near..So, kita hanya perlu bersyukur je,then kita dapatlah merasakan kenikmatan Allah itu. Yakinlah padaNya..
D: Betul jgk tu kak! terima kasih kak. Syukur ya Allah engkau menyedarkan aq dari kelalaian aq ini..
Mmg best,i feel like flying tadi. Lepastu practice gear2 yg super banyak di left hand&right hand side..fiiuuuhh But i enjoy it very much,Alhamdulillahirobbilalamiin.. :)
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
<i took it from FB by Nama2 Islam,my friend yg post actually,but i like it..>



